ARKIB 8 MAC 2010
MUAR: “Mak usah bimbang, saya selamat,” demikian bunyi khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir diterima seorang ibu daripada anak perempuannya berusia 20 tahun yang menghilangkan diri sejak dua minggu lalu.
Norfarahin Jalaludin, pelajar Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan yang sedang menjalani latihan amali di Pejabat Daerah Muar sejak 11 Januari lalu itu tidak pulang ke rumah di Kampung Parit Keroma, Jalan Temenggong Ahmad di sini, selepas tamat waktu pejabat pada 22 Februari lalu.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada keluarganya terutama soal keselamatan diri anak ketiga daripada empat beradik itu yang disifatkan sebagai anak tidak bermasalah selama ini.
Bapanya, Jalaludin Daud, 57, kebiasaannya dia menghantar Norfarahin ke pejabat pada jam 7.30 pagi dan menjemputnya pulang selepas waktu pejabat.
Bagaimanapun katanya, pada jam kira-kira 5.15 petang hari berkenaan ibunya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari anaknya itu yang menyatakan dia akan pulang sendiri dengan menaiki bas.
“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya tidak menjemputnya di pejabat, tetapi selepas menunggu hingga larut malam, Norfarahin tidak juga pulang ke rumah dan membuatkan kami sekeluarga bimbang, “Keesokan harinya, ibunya Normah Mohd Nor, 55, cuba menghubungi telefon bimbit Norfarahin dan menerima SMS meminta kami tidak perlu bimbang kerana berada dalam keadaan selamat sebelum mematikan telefonnya,” katanya ketika di temui di rumahnya di sini, semalam.
Jalaludin yang juga pesara tentera berkata, dia sekeluarga bimbang dengan kemungkinan nasib buruk menimpa anaknya itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Muar pada pagi 24 Februari lalu.
Normah berkata, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan berharap sesiapa yang mengetahui di mana Norfarahin berada menghubungi talian tetap 06-9534941 atau telefon bimbit 013-6344218.
myMetro
8 Mac 2010
0 comments:
Post a Comment