Wednesday, July 14, 2010

Penganggur curi motosikal Honda EX5 tumpas

MUAR - Polis berjaya menyelesaikan kes curi motosikal dan merampas sebuah motosikal jenis Honda EX 5 dengan tertangkapnya dua lelaki pada 11 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, anggota polis Pagoh mendapat maklumat mengenai kehadiran dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kebun kelapa sawit di Panchor.

Menurutnya, polis bergegas ke tempat kejadian dan menangkap suspek yang berusia 19 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek adalah penganggur berasal dari Bukit Gambir dan merupakan bekas pelatih pusat pemulihan akhlak di Melaka.

“Suspek dipercayai terlibat dalam banyak kes mencuri motor di sekitar Pagoh berdasarkan rekod jenayah lampaunya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, seorang lagi suspek berusia 26 tahun juga berasal dari Bukit Gambir dan bekerja sebagai mekanik di bengkel motosikal di kawasan tersebut.

“Kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) (1) Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi.

Sinar Harian
14 Jul 2010

0 comments:

Post a Comment