MUAR – “Setiap saat saya tidak pernah lupa menitipkan doa buat Mohd Raiyan dan berharap dia segera sembuh,” demikian luahan seorang ibu, Harnawati Esa, 34.
Harnawati berkata, luluh hatinya dan suami, Mohd Azmi Johan, 40, apabila mengetahui anak yang dilahirkan sempurna sebenarnya menghidap penyakit kronik.
“Hasil pemeriksaan perubatan mendapati Mohd Raiyan menghidapi penyakit paru-paru kronik seawal usia dua hari dilahirkan.
“Ketika itu, saya merasakan dunia seakan menjadi gelap dan sedih melihat penderitaan yang terpaksa dihadapi Mohd Raiyan,” katanya.
Menurutnya, penyakit itu disedarinya selepas mendapati seperti ada yang tidak kena dengan anaknya kerana dia enggan minum susu badan yang diberikannya semasa berada di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
“Hasil pemeriksaan mendapati paru-paru Mohd Raiyan dijangkiti kuman dan dia terpaksa ditahan di wad selama empat minggu," katanya.
Harnawati berkata, sepanjang berada di hospital keadaan Mohd Raiyan, lapan bulan tidak stabil dan jangkitan kuman di paru-parunya tidak berkurangan sehingga memaksa dia dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dimasukkan dalam wad Neonatal Intensive Care Unit (NICU)-peads 1.
“Sepanjang lima bulan Mohd Raiyan dirawat di PPUM, suami banyak membantu dengan menjaga tiga anak yang lain.
“Hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya ketika itu, saya terpaksa berpisah selama lima bulan dengan anak-anak yang dijaga sepenuhnya oleh suami,” katanya.
Katanya, selain berpenyakit paru-paru kronik, Mohd Raiyan turut menghadapi masalah perut pramatang yang perlu bergantung sepenuhnya dengan susu badan.
“Keperluan ini untuk memastikan daya tahan badan Mohd Raiyan meningkat dan berat badannya bertambah,” katanya.
Difahamkan, Mohd Raiyan juga memerlukan ubat Palivizumb untuk mencegah jangkitan kuman di paru-paru yang berharga RM3,260. Namun disebabkan harga yang terlalu mahal, Harnawati tidak berkemampuan membeli ubat tersebut.
Menurutnya, kini selepas pembedahan, tahap kesihatan Mohd Raiyan semakin baik dan dia dibenarkan pulang ke rumah dengan pemantauan rapi dan dilengkapi dengan peralatan mesin oksigen serta mesin menyedut kahak berikutan keadaan kesihatannya yang sering tidak menentu.
“Saya menjaganya tidak ubah seperti seorang jururawat, setiap hari perlu memasukkan tiub susu dalam mulutnya dan beri ubat jika dia mengalami kesukaran membuang air besar.
“Yang menyedihkan, dia hanya berpeluang berada di rumah selama dua minggu kerana berlaku komplikasi dan mendorong saya menghantarnya semula ke HPSF.,” katanya.
Harnawati berkata, penyakit yang dihidapi Mohd Raiyan itu menjadikannya seorang ibu yang tabah dan tidak pernah mengeluh dengan dugaan menimpanya.
“Saya rela berkorban asalkan penyakit yang dihidapi Mohd Raiyan sembuh dan dia sihat seperti bayi lain,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah baru-baru ini tampil memberi sumbangan daripada kerajaan Johor sekali gus meringankan beban ditanggung Harnawati bagi membiayai kos rawatan anaknya.
Difahamkan, Harnawati juga sudah mengemukakan permohonan bantuan perubatan daripada pihak berkaitan bagi pembiayaan ubat Palivizumb anaknya dan dia berharap supaya permohonan tersebut berjaya.
Sinar Harian
24 Nov 2011

0 comments:
Post a Comment