MUAR - Tindakan tiga lelaki bersembunyi dalam hotel di daerah ini untuk mengelak pihak berkuasa mengetahui kegiatan mereka menjual dadah gagal apabila kesemuanya diberkas polis pada 1 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, serbuan pada jam 8 pagi itu adalah hasil risikan yang juga merupakan antara operasi cegah jenayah sempena tahun baru.
Menurutnya, kepantasan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, akhirnya berjaya menjejaki kesemua suspek yang sememangnya dikehendaki polis.
“Kesemua suspek yang ditahan berusia 23, 30 dan 31 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam hotel berkenaan, polis menjumpai dadah jenis heroin seberat 6.3 gram; syabu 22.2 gram, tujuh pil ecstacy dan 22 pil eramin-5 dalam sebuah beg.
“Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,000 dan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan di sekitar Muar.
“Turut ditemui wang tunai RM5,000, dipercayai hasil daripada jualan dadah itu,” katanya.
Katanya, kesemua suspek adalah penganggur dan menjalankan kegiatan jual dadah sebagai pekerjaan utama mereka.
“Suspek berusia 30 tahun itu dipercayai sudah lama terbabit dalam kegiatan menjual dadah, manakala dua lagi suspek baru sahaja terbabit kegiatan ini beberapa bulan lalu.
“Suspek juga sudah ditahan reman pada 2 hingga 8 Januari lalu dan mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sinar Harian
13 Jan 2012

0 comments:
Post a Comment