MUAR - Waris mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 246.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Ipoh, Perak, Zaiton Mohd Shariff, 59, pada 10 November lalu, diminta menghubungi pengurusan Cepatsedia Tours & Ekspress Transport Sdn Bhd, pemilik rangkaian bas Cepat Sedia Ekspress bagi tujuan tuntutan insurans.
Pengurusnya, Jason Poh berkata, pihaknya sebelum ini sudah berusaha mengesan keluarga arwah di Rembau, Negeri Sembilan, namun gagal.
“Kami mahu bantu keluarga buat tuntutan bagi meringankan beban serta tanda simpati atas kehilangan orang tersayang.
“Keluarga mangsa boleh menghubungi pejabat kami di talian 06-9517073, 9516358, 9783533,” katanya.
Isnin lepas, bas ekspress berkenaan yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Perlis ke Putrajaya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya lalu merempuh belakang treler menyebabkan bahagian depan bas berkenaan remuk teruk.
Zaiton meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua penumpang lain, Mohd Sukairi Wan Mustapha, 39, dan Mohamad Taufiq Osman, 23, cedera.
Mangsa yang dipercayai berada di tempat duduk depan disyaki tercampak ke luar dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.
Sinar Harian
17 Nov 2014
0 comments:
Post a Comment