Pada pendapat aku nasi ayam yang best di Muar ialah di Taman Selera.
Nama kedainya Bakar Nasi Ayam. Bakar tu nama empunya kedai tu kot. Ayamnya tak kering dan keras. Nasinya peroi dan sedap.
Tapi sebulan lepas aku pegi, ayamnya mentah lak tengah-tengah. Haiyaa.. tapi baru ni aku pegi lagi 2 hari berturut ayamnya ok.
Kedai ni bukak siang je.
Dulu ada satu lagi warung yang jual nasi ayam sedap. Warung tu dibukak di Rukun Tetangga kat Jln Meriam. Aikk..camne la tempat rukun tetangga leh dijadikan warung? Tapi tempat tu da takde da. Nama owner dia Bob. Warung daa ditutup, rukun tetangga tu pun da takde, tuan warung pun dah berhijrah ke bandar besar.
Kat Restoran Man Catering, Jalan Junid punya pulak, dulu sedap, tapi sejak tukar chef, terus nasi ayamnya standard sama dengan categori yang tak sedap. Tuan punya kedai tu namanya Man la kot. Nama sebenarnya aku tak tau.
Lagi satu tempat nak cari nasi ayam ni ialah di Stesen Bas Pagoh. Sebenarnya patut dinamakan Stesen Bas Jalan Bentayan tapi aku ingat dinamakan Stesen Bas Pagoh sebab bas-bas kat situ semua dulu pegi Pagoh. Nak ikutkan tak logik dipanggil Stesen Bas Pagoh sebab lokasinya bukan di Pagoh pun. Semua bas ekspres berhenti kat situ. Da merapu lak..
Memalam nak cari nasi ayam yang sedap aku lum jumpa lagi. Kalau da jumpa aku kemaskinikan.
Terima kasih kerana membaca ulasan ini.
DIKEMASKINI PADA 5 Jan 2013
bagi aku nasi ayam berlada muar paling sedap...di Kedai Makan Yem...tepi Sg Muar...legend.
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi tentang nasi ayam paling sedap di Muar. Saya pasti akan cuba.
ReplyDeleteKalau balik batu pahat kitorg mesti singgah muor pekena nasi ayam berlada. Faveret husband. Kalau ada resepi ayam berlada tu boleh la share ye. TQ
ReplyDelete