Wednesday, July 25, 2012

Bapa rogol dua anak kandung

MUAR – Haruan makan anak. Begitulah perumpamaan sesuai untuk seorang bapa kandung yang sanggup merogol dua anak sendiri yang mana salah seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU).

Sumber yang enggan dikenali berkata, perangai jijik lelaki terbabit terbongkar selepas anaknya yang OKU berusia 23 tahun itu menceritakan mengenai kejadian sebenar kepada jirannya.

Menurutnya, sejurus selepas itu mangsa ditemani jirannya membuat laporan polis pada 22 Julai lalu di Balai Polis Parit Jawa, dekat sini.

Menurutnya, mangsa mendakwa dirogol bapa sejak seminggu lalu manakala kakaknya berusia 26 tahun dan tidak bekerja telah menjadi pemuas nafsu bapanya sejak setahun lalu.

Lebih menyedihkan apabila kakak mangsa turut menjadi saksi perbuatan keji bapa ke atas adiknya dalam sebuah bilik di rumah mereka di Parit Jawa, dekat sini.

Sumber berkata, mangsa tidak dapat mengelak perbuatan bapa kerana suspek akan bertindak kasar jika mereka enggan menuruti kemahuannya.

“Perbuatan terkutuk lelaki terbabit diketahui isterinya, tetapi terpaksa mendiamkan diri kerana takut dengan ugutan suaminya.

“Tindakan wanita ini hanya untuk memastikan keselamatan diri, anak-anak dan keluarganya terjamin,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, sejurus laporan yang dibuat oleh mangsa, suspek berusia 53 tahun yang juga nelayan di kampung berkenaan, ditahan reman dan akan didakwa di mahkamah hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes tersebut masih dalam siasatan.

Sinar Harian
25 Jul 2012

Penjara 20 tahun: Rogol, liwat anak sendiri

Tertuduh dibawa keluar daripada mahkamah.

MUAR - Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 kali sebatan ke atas seorang lelaki kerana merogol dan meliwat anaknya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU), 20 Julai lalu.

Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 53 tahun mengaku bersalah melakukan sumbang mahram terhadap mangsa berusia 24 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh merogol mangsa di rumahnya kira-kira jam 9 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara pertuduhan kedua, pada hari, masa dan tempat yang sama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks di luar tabie dan didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, merayu agar tidak dikenakan hukuman sebat dan minta dijamin.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Zairani Tugiran, memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana merogol anak kandung sendiri.

Zairani berkata, hukuman berat akan beri pengajaran kepada orang awam agar kejadian itu tidak berulang lagi.

Sementara itu, Mohd Fauzi memerintahkan hukuman terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh didakwa membawa mangsa ke sebuah bilik.

Tertuduh kemudian didakwa merogol dan meliwat mangsa. Mangsa memaklumkan kejadian kepada ibunya sebelum  membuat laporan polis pada jam 9 malam, dan tertuduh ditangkap pukul 10.10 malam hari yang sama.

28 Jul 2012

0 comments:

Post a Comment