Gambar Kosmo
Kenderaan jenis Perodua Kancil remuk teruk setelah bertembung sebuah treler sehingga menyebabkan kematian pemandunya. Gambar Sinar Harian
MUAR – Seorang guru besar sekolah agama meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati setelah bertarung nyawa 20 minit akibat tersepit dalam keretanya apabila kereta dipandunya itu bertembung dengan sebuah treler di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam, Muar di sini malam semalam.
Ketika kejadian yang berlaku jam 7.30 malam itu, mangsa, Mukinah Warno, 52, yang memandu Perodua Kancil dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 17, Muar,
Mangsa yang baru sahaja melaporkan diri sebagai Guru Besar Sekolah Agama Bukit Naning, Muar di sini dipercayai terlelap menyebabkan keretanya terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum terperosok di bahagian bawah hadapan treler tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Shahadan Jaafar berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini untuk bedah siasat.
“Siasatan mendapati jalan licin semasa kejadian berlaku akibat hujan dan beberapa pengguna yang melalui lokasi kejadian turut cuba memberi bantuan untuk mengeluarkan mangsa namun gagal.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam sidang media, di sini semalam.
Sumber Kosmo dan Sinar Harian
18 Okt 2012
0 comments:
Post a Comment