Thursday, October 18, 2012

Pelajar cemerlang maut kemalangan


MUAR - Seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak maut setelah motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di simpang Baba, Jalan Salleh di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Shahadan Jaafar berkata, kejadian berlaku  jam 6.40 pagi (semalam) ketika mangsa, Andy Chea Xin Yi, 17 sedang dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya di Bukit Pasir.

“Motosikal mangsa bagaimanapun terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan lalu menyebabkannya bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil,” katanya.

Katanya, kejadian itu turut menyebabkan kereta berkenaan terbakar namun pemandunya yang merupakan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri manakala Andy yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber Sinar Harian
18 Okt 2012

0 comments:

Post a Comment