Tuesday, October 9, 2012

80% guru Tabika Kemas Johor bakal miliki diploma


MUAR 8 Okt. - Hampir 80 peratus guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas di negeri ini kini melanjutkan pengajian bagi memastikan sasaran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya mereka mempunyai kelulusan diploma menjelang 2015 tercapai.

Penolong Pengarah Kemas negeri, Abd. Rahim Mohd. Salleh berkata, tenaga pengajar terbabit sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

"Menjelang 2015, kita mahu semua guru tabika mempunyai kelulusan diploma kerana sasaran kita adalah setiap kelas Tabika yang mempunyai 15 hingga 25 kanak-kanak dikendalikan oleh guru bertaraf diploma.

"Kursus untuk mendapatkan kelulusan diploma itu hanya mengambil masa tiga tahun. Guru tabika Kemas yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan mengikuti kursus ini sebagai usaha mempertingkatkan kemahiran guru-guru tabika Kemas," katanya.

Utusan
9 Okt 2012

0 comments:

Post a Comment