Friday, November 2, 2012

Bantuan awal RM1.25 juta


ROBIA Kosai (baris belakang, dua kanan) bergambar bersama salah satu kumpulan nasyid yang memenangi pertandingan Nasyid JKM Johor di SMKA Maahad Muar, Johor, kelmarin.

MUAR 1 Nov. - Bantuan awal sebanyak RM1.25 juta dalam bentuk makanan, pakaian, selimut dan keperluan asas disediakan untuk mangsa-mangsa banjir di seluruh Johor yang ketika ini dilanda musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, daripada jumlah itu kerajaan negeri akan menyalurkan RM1 juta manakala selebihnya diberikan kerajaan Pusat.

"RM1 juta daripada kerajaan negeri ini hanya untuk permulaan yang disalurkan melalui Tabung Bencana Negeri Johor. Bantuan dan keperluan lain akan menyusul termasuk taksiran kerugian selepas banjir surut nanti.

Utusan
2 Nov 2012

0 comments:

Post a Comment