Friday, November 2, 2012

Gotong-royong sempena Hari Keputeraan Sultan Johor


MUAR 1 Nov. - Program Gotong-Royong Perdana Sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja untuk daerah ini dilancarkan di Tangga Agung, Bangunan Sultan Abu Bakar, di sini hari ini.

Program itu yang akan berjalan sehingga sambutan tersebut pada 22 November ini dirasmikan Pegawai Daerah, Abdul Rahman Mohamed Dewam dan turut dihadiri Pegawai Khas Menteri Besar Johor, Chriss Lee Ching Yong dan Pengurus Besar Kumpulan SWM Environment Sdn. Bhd., Adnan Ibrahim.

Gotong-royong membersihkan parit yang bermula di Jalan Haji Abu sebelum ke beberapa jalan lain di bandar Muar itu akan diteruskan sehingga ke luar bandar termasuk di Pagoh bagi memastikan daerah tersebut bersih menjelang sambutan berkenaan.

Abdul Rahman berkata, di peringkat kampung atau mukim, kempen kebersihan itu akan diteruskan oleh ketua-ketua kampung dan pemimpin setempat bagi memastikan tidak ada satu kawasan pun yang tercicir daripada kempen tersebut.

Utusan 2 Nov 2012

0 comments:

Post a Comment