Thursday, November 1, 2012

16 peniaga rayu selesai gangguan bekalan air


MUAR 31 Okt. - Seramai 16 peniaga Kedai Makan Bentayan di sini merayu pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) supaya segera menyelesai masalah gangguan bekalan air di kawasan berkenaan yang sudah berlarutan lebih dua minggu.

Menurut mereka, masalah itu yang bermula pukul 4 pagi sehingga kira-kira 12 tengah hari sebelum berulang lagi bermula pukul 2 petang, menjejaskan perniagaan masing-masing.

Seorang peniaga, Mohd. Marzuki Abd. Majid, 26, berkata, keadaan itu menyukarkan mereka untuk menjalankan perniagaan gerai makanan kerana bergantung sepenuhnya dengan bekalan air paip di kedai masing-masing.

Menurutnya yang sudah sembilan tahun berniaga di situ, apabila masalah tersebut berlaku peniaga terbabit terpaksa berulang alik ke rumah untuk mengambil bekalan air bersih sebanyak 40 liter dengan menggunakan tong air khas.

Utusan
1 Nov 2012

0 comments:

Post a Comment