MUAR - Seorang nelayan meninggal dunia selepas koma selama dua hari apabila terkena sengat ikan pari pada tangan kanannya ketika hendak mengeluarkan haiwan tersebut yang tersangkut pada jaring Sabtu lalu.
Pesara tentera, Rashid Arshad, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini semalam.
Mengimbau semula kejadian itu, isteri mangsa, Rashidah Ali, 48, memberitahu, kejadian berlaku pada pukul 5 pagi Sabtu lalu apabila suaminya turun ke laut dan memasang sebanyak 60 jaring untuk menangkap ikan bersama seorang rakan, Daud Haris, 52 sejam sebelum itu.
Katanya, semasa menarik dua jaring terakhir, suaminya cuba mengeluarkan seekor ikan pari yang tersangkut namun tanpa diduga, tangan kanan suaminya telah terkena sengat.
Menurut adiknya, Kamaruddin, 48, Rashid pulang ke rumah pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan mengadu yang dia dalam kesakitan dan demam.
"Apabila dia beritahu saya yang dia disengat oleh seekor ikan pari, saya bergegas membawanya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada pukul 2 petang.
"Dia kemudiannya dimasukkan ke dalam wad tetapi meninggal dunia pada pukul 10 pagi pada Isnin lalu akibat jangkitan dalam darahnya," katanya.
Kamaruddin berkata inilah adalah kejadian pertama sejak dia menjadi nelayan 30 tahun lalu.
Allahyarham yang telah bekerja sebagai nelayan selama 30 tahun meninggalkan lapan orang anak.
Sumber Kosmo dan NST 7 Nov 2012
0 comments:
Post a Comment