Friday, November 30, 2012

Sindiket edar dadah kecil-kecilan tumpas


SAHADAN Jaafar menunjukkan barang yang dirampas dalam satu serbuan dadah di Jalan Salleh di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar semalam.

MUAR 29 Nov. - Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah secara kecil-kecilan selepas menahan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai RM8,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh di sini Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, melalui serbuan pada pukul 11.30 malam itu pihaknya menahan suspek berusia 32 tahun di rumah yang dijadikan tempat menyimpan dadah sejak beberapa bulan lalu.

"Pemeriksaan lanjut kita menjumpai pelbagai jenis dadah disembunyikan dalam beg di salah satu bilik di rumah berkenaan antaranya syabu seberat 6.6 gram (gm), heroin (68.5gm), ketamin (79 gm) dan 120 biji pil Eramin 5.

Utusan
30 Nov 2012

0 comments:

Post a Comment