Wednesday, November 7, 2012

Jelajah sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor bermula


Abdul Rahman Dewam (kanan-sebelah pintu kereta) mengetuai Jelajah Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja Muar Johor 2012 yang dilepaskan oleh Mohd. Ismail Mohd. Shah (kanan) dan Tahir Taat (dua dari kanan) di Dataran Tanjung Emas, Muar semalam. Turut kelihatan Zulkiflee Abbas (empat dari kanan). - UTUSAN/ Ishak Rahmad

MUAR 6 Nov. - Program jelajah sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja memulakan misinya ke 10 daerah di negeri ini bermula di Dataran Tanjung Emas, di sini hari ini.

Majlis pelepasan konvoi tersebut disempurnakan Pegawai Khas Menteri Besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) DUN Maharani.

Utusan
7 Nov 2012

0 comments:

Post a Comment